Senin, 15 November 2021

Sikap Tenang

Sikap tenang adalah berdasarkan hadis yang dikemukakan sebelum ini:
اَلتَّأَنِيْ مِنَ اللهِ وَالْعَجَلَةُ مِنَ الشَّيْطَانِ.
Ketenangan adalah dari Allah manakala ketergesa-gesaan adalah dari syaitan.
Manakala sikap lemah lembut adalah berdasarkan hadis:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الرِّفْقَ فِي الأَمْرِ كُلِّهِ.
Sesungguhnya Allah mencintai sikap lemah lembut dalam segala urusan.

Jika dirujuk kepada siroh Rosulullah shollallahu ‘alaihi wasallam, akan ditemui beberapa ketika baginda marah atas faktor agama. Akan tetapi kemarahan tersebut tidaklah menyebabkan baginda mengeluarkan kata-kata yang kotor atau bertindak ganas. Sebaliknya baginda hanya memberi teguran yang tenang lagi lemah lembut. Satu contoh ialah kisah berikut yang diriwayatkan oleh Abu Mas‘ud al-Anshari radhiallahu ‘anh.

Beliau menceritakan, seorang lelaki telah datang menemui Rosulullah shollallahu ‘alaihi wasallam dan berkata: “Wahai Rosulullah! Aku pernah mundur dari sholat (berjamaah) disebabkan si-fulan (imamnya) membaca surah yang panjang.” (Abu Mas‘ud) menyambung: Aku tidak pernah melihat Nabi shollallahu ‘alaihi wasallam amat dahsyat kemarahannya dalam rangka memberi nasihat berbanding pada saat itu. Lalu baginda bersabda:

أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّكُمْ مُنَفِّرُونَ فَمَنْ صَلَّى بِالنَّاسِ فَلْيُخَفِّفْ
فَإِنَّ فِيهِمْ الْمَرِيضَ وَالضَّعِيفَ وَذَا الْحَاجَةِ
Wahai manusia! Sesungguhnya di antara kalian ada yang membuat orang-orang lari dari sholat berjamaah. Maka sesiapa yang mengimami manusia, hendaklah dia meringankan (memendekkan) bacaan karena sesungguhnya di kalangan mereka (makmum) ada yang sakit, lemah dan berurusan.

Syaitan mempengaruhi manusia dengan sifat lupa:
Terdapat dua jenis lupa. Pertama lupa dalam urusan harian seperti lupa dimana letaknya anak kunci rumah atau lupa membeli barang tertentu di kedai runcit. Kedua lupa dalam urusan agama seperti lupa solat atau hafalan Al-Qur’an. Lupa jenis kedua berasal dari syaitan, karena syaitan dapat mempengaruhi manusia dengan sifat lupa.

0 komentar:

Posting Komentar

 
;